Kalau sebelum ni korang fikir jual barang online sekadar scroll dan klik, Khairul Aming sekali lagi tunjuk yang beliau lain macam. Dalam satu sesi livestream TikTok Shop, beliau berjaya pecah rekod dengan jualan RM2.3 juta dalam sehari sahaja!
Teruskan MembacaKhairul Aming kongsi rasa syukur dalam posting terbaru di Threads, sambil ucap “Alhamdulillah, kita pecah rekod baru hari ni… terima kasih semua!” kepada peminat dan pembeli setia yang sentiasa support beliau.
Livestream kali ni dibuat terus dari restoran Rembayung miliknya, yang kini jadi antara lokasi livestream paling happening di Malaysia. Turut terlibat 10 hos yang bantu kawal suasana supaya semua berjalan lancar.
Kalau korang ingat kejayaan sebelum ini, macam jual ‘Dendeng Nyet Berapi’ sampai RM1.2 juta dalam beberapa minit je, rekod terbaru ni memang lagi power! Tambah lagi, siri tahunan beliau “30 Hari 30 Resipi” yang popular setiap kali Ramadan masih buat peminat ketagih tengok video dan cuba resipi di rumah.
Tak hairanlah ramai netizen anggap Khairul Aming bukan sekadar content creator, tapi dah jadi macam “driver ekonomi dapur Malaysia”! Dengan kejayaan ni, memang jelas Khairul Aming terus menulis sejarah dalam dunia livestream jualan online Malaysia.
















