Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun, baru-baru ini beri teguran terbuka tentang trend iklan baju raya yang memaparkan wanita bertudung tapi berpakaian ketat. Menurutnya, cara pemakaian sebegini boleh menimbulkan fitnah, walaupun wanita itu sudah bertudung.
Dalam perkongsiannya, Ustazah Asma’ menekankan, makin dekat dengan Ramadan, makin banyak iklan yang menampilkan wanita Muslimah dengan busana yang melekat pada badan. “Pakai tudung tapi baju ketat melekat, lebih besar fitnahnya,” katanya.
Teruskan MembacaBeliau turut merujuk hadis Rasulullah SAW tentang golongan wanita yang berpakaian tapi hakikatnya seperti telanjang, sebagai peringatan bahawa menampakkan bentuk tubuh terutama di dada dan punggung boleh mencetuskan godaan dan fitnah.
Ustazah Asma’ juga bandingkan dengan wanita bukan Islam yang berpakaian sopan walaupun tidak menutup aurat. Teguran ini bukan untuk memuji wanita tidak bertudung, tetapi sebagai peringatan supaya wanita Muslimah lebih peka dalam pemilihan pakaian, selari dengan tuntutan agama.
Akhirnya, beliau menyeru masyarakat untuk mendoakan agar wanita Muslimah diberikan hidayah menutup aurat dengan sempurna.
















