Ramai Netizen Dah Mula Teka Warna Baju Penyimpan Mohor Besar Raja‑Raja Tahun Ini

Setiap tahun, menjelang penghujung Ramadan, rakyat Malaysia tidak sabar untuk meneka warna Baju Melayu yang bakal dipakai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa pengumuman rasmi Aidilfitri. Tradisi unik ini kini sudah menjadi perbualan hangat di media sosial, dengan ramai berkongsi ramalan masing-masing.

Tahun lepas, sesi meneka warna ini telah menarik perhatian ramai, dan fenomena itu nampaknya diteruskan tahun ini. Netizen tidak kekok memberikan pelbagai cadangan, daripada warna maroon, hijau, biru sehinggalah tona pastel atau earthy, sambil menunggu siaran rasmi pengumuman.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?