Dunia hiburan sekali lagi jadi bising bila nama pempengaruh Sam Lim tiba-tiba trending, kali ini dikaitkan dengan dakwaan dia sudah berkahwin dengan pelakon baharu, Parisa Ardina.
Isu ini mula hangat selepas satu perkongsian di Threads tular, memaparkan tangkap layar yang didakwa daripada Instagram milik adik kepada Parisa. Dari situ, spekulasi terus merebak, ramai netizen mula tertanya-tanya sama ada pasangan ini benar-benar sudah sah bergelar suami isteri.
Teruskan MembacaSeperti biasa, bila melibatkan figura dikenali, netizen terus ‘on mode’ jadi penyiasat. Ada yang terkejut, ada juga yang teruja, tapi majoriti masih menunggu kepastian sebenar.
Apa yang buat keadaan lagi misteri, sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Parisa sendiri mahupun pengurusannya. Jadi, status sebenar hubungan mereka masih kekal menjadi tanda tanya.
Dalam dunia media sosial hari ini, satu ‘hint’ kecil pun cukup untuk cetuskan pelbagai andaian. Namun, ramai juga yang ambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum buat kesimpulan.
Apa-apa pun, kalau berita ini benar, pastinya ramai yang tak sabar nak ucap tahniah kepada pasangan
















