Pelakon Juliana Evans berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Menerusi satu hantaran di Threads, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 37, meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menambah zuriat akhirnya menjadi kenyataan.
Teruskan MembacaMenurut Juliana, dia sememangnya merancang untuk memiliki seorang lagi cahaya mata dan merasakan tahun ini adalah masa yang paling sesuai buat keluarganya.
“Rasanya saya tak belajar daripada pengalaman sebelum ini! Gurau saja.
“Saya memang tahu saya nak tambah sekurang-kurangnya seorang lagi anak dan tahun ini terasa sangat sesuai,” tulisnya.
Perkongsian itu turut disertakan dengan foto yang memperlihatkan Juliana sedang memegang perutnya yang sudah mula menampakkan baby bump.
Dalam masa sama, pelakon tersebut mengakui dia masih cuba menerima hakikat bakal bergelar ibu kepada tiga orang anak.
“Saya? Ibu kepada tiga anak? Masih cuba nak hadam perkara itu,” katanya berseloroh.
Juliana turut berkongsi berita kehamilan tersebut menerusi Instagram dengan cara yang cukup manis apabila memaklumkan keluarga mereka bakal menerima kehadiran ahli baharu tidak lama lagi.
“Plot twist.. kami tambah satu lagi kerusi di meja keluarga. Bayi nombor tiga sedang dalam perjalanan dan hati kami, serta rumah kami, bakal jadi lebih meriah.
“Tak lama lagi, si kecil anugerah terbaru kami akan tiba,” kongsinya.
Bagaimanapun, Juliana memilih untuk tidak mendedahkan usia kandungan mahupun butiran lanjut mengenai kehamilan tersebut.
Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 6, dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri, 3.
















