Pelumba sensasi negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, mengakui masih sukar untuk menggambarkan perasaannya selepas mencipta sejarah muncul juara perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brno, Ahad.
Menurut Hakim Danish, kejayaan tersebut amat bermakna memandangkan beliau terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sepanjang musim sebelum akhirnya meraih kemenangan sulung di pentas Grand Prix.
Teruskan Membaca“Namun saya tidak pernah berhenti percaya kepada kemampuan diri sendiri dan kerja keras yang dilakukan bersama pasukan,” katanya dalam satu kenyataan selepas perlumbaan.
Pelumba berusia 18 tahun itu memulakan perlumbaan dari kedudukan ke-14 di grid permulaan sebelum mempamerkan tunggangan cemerlang untuk memintas pencabar-pencabarnya pada pusingan terakhir, sekali gus merangkul kemenangan bersejarah dan menamatkan penantian panjang Malaysia untuk melihat pelumba negara berdiri di podium tertinggi kategori Moto3.
















