Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada Isnin.
Difahamkan, majlis berlangsung secara sederhana dan tertutup di sebuah lokasi di Johor Bahru dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Teruskan MembacaMenerusi beberapa rakaman yang mula tular di media sosial, pasangan pengantin tampil anggun dan sepadan mengenakan busana serba putih pada hari istimewa mereka.
Turut mencuri perhatian, pemain berusia 24 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik selesai melafazkan akad nikah sebelum memeluk ibunya dalam suasana penuh emosi.
Momen tersebut membuatkan ramai peminat tersentuh dan membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa buat pasangan pengantin baharu.
Majlis resepsi pasangan itu dijangka berlangsung pada sebelah malam dan difahamkan bakal diserikan dengan keberangkatan Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail. Tahniah Arif dan pasangan!
















