Hasrat jaguh Muay Thai negara, Miki Ghazali, untuk meneruskan rentak kemenangan di pentas berprestij Rajadamnern Stadium tidak kesampaian apabila tewas kepada petarung dari Eropah, James Kostic, dalam aksi yang berlangsung di Bangkok malam tadi.
Miki memulakan pertarungan dengan cukup agresif dan beberapa kali berjaya memberi tekanan kepada lawannya pada awal pusingan. Bagaimanapun, pengalaman Kostic jelas menjadi pemisah apabila dia berjaya mengawal rentak perlawanan menerusi kombinasi pukulan dan tendangan yang lebih kemas.
Teruskan MembacaSelepas tamat pertarungan, ketiga-tiga juri sebulat suara memihak kepada James Kostic sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama buat Miki di Rajadamnern World Series.
Walaupun tewas, persembahan Miki tetap wajar dipuji kerana berjaya bersaing di salah satu gelanggang Muay Thai paling berprestij di dunia sambil mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Sementara itu, kemenangan tersebut terus mengukuhkan nama James Kostic sebagai antara bintang Muay Thai yang semakin meningkat naik di peringkat dunia.
Apa pun, kekalahan ini pastinya bukan penamat buat Miki Ghazali. Ramai penyokong yakin jaguh negara itu akan bangkit lebih kuat dalam aksi-aksi selepas ini.
















