
PETALING JAYA :Desas-desus selama ini akhirnya terjawab! Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menggegarkan dunia politik tanah air apabila mengumumkan keluar daripada UMNO dan berniat menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)!
Dalam satu kenyataan rasmi yang penuh emosi, Tengku Zafrul berkata keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, memandangkan beliau telah berjuang dalam UMNO sejak 1997 lagi.
Teruskan MembacaNamun selepas bermuhasabah diri dan mendapatkan nasihat, termasuk daripada Presiden UMNO sendiri, beliau akhirnya membuat keputusan besar ini.
“Saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam… UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai,” katanya.
Tengku Zafrul juga meletakkan semua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai:
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja
Dan keahlian UMNO secara keseluruhan
Paling menarik perhatian, beliau turut mengumumkan hasratnya untuk menyertai PKR, dan akan melalui proses permohonan secara rasmi bersama pucuk pimpinan parti tersebut.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan penyokong UMNO yang telah berdiri teguh bersamanya selama ini.
Langkah mengejut Tengku Zafrul ini pastinya bakal menghangatkan suhu politik negara, apatah lagi menjelang PRU yang akan datang.
Netizen, apa pandangan korang? Adakah ini langkah bijak atau strategi politik yang berani? Drop komen korang sekarang!