KUALA LUMPUR : “Zafrul masuk PKR ke?” Soalan ni mula trending lepas Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul buat hantaran di media sosial yang seolah-olah beri bayangan hala tuju politik baharu.
Tapi… menurut Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, belum ada permohonan rasmi pun yang masuk!
Teruskan Membaca“Setakat ini, belum terima sebarang permohonan rasmi daripada YB Tengku Zafrul,” katanya dalam satu kenyataan.
Dr Fuziah jelaskan, kalau nak masuk PMR, kena ikut laluan biasa – mohon secara online, lepas tu permohonan akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk dinilai dan diputuskan.
PKR juga akan ambil kira pandangan rakan dalam Kerajaan Perpaduan dan suara akar umbi, sebelum buat apa-apa keputusan.
Dalam masa sama, Tengku Zafrul difahamkan akan berangkat menunaikan ibadah haji tak lama lagi.
PKR doakan perjalanan beliau selamat dan diberi haji yang mabrur.
So geng, buat masa ni, status Zafrul masih belum rasmi, semua kena tunggu keputusan MPP. Stay tuned!
















