KUALA LUMPUR: Baru-baru ni, ramai yang salah faham tentang Projek Mobile Phone Data (MPD) dan dakwa kononnya kerajaan “mengintip” rakyat.
Tapi hold up, MCMC dah tampil beri penjelasan dan korang patut tahu fakta sebenar.
Teruskan MembacaTak ada siapa intip korang.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), MPD langsung tak simpan info peribadi macam nama, nombor IC, atau nombor telefon.
Apa yang MPD tahu? Hanya berapa ramai telefon bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain contoh: 5,000 telefon dari Seremban ke Nilai. Tapi siapa mereka?
Tak tahu. Tak simpan. Tak nak tahu pun.
Guna data lokasi secara umum
Projek ni guna data dari menara telekomunikasi yang dah diproses & dianonimkan.
Semua data tu diubah jadi statistik tanpa identiti, dan hanya pegawai MCMC & DOSM yang boleh akses bukan syarikat swasta, bukan pihak luar.
Selamat & ikut piawaian global
MPD ni bukan projek cincai.
Ia patuh kepada standard antarabangsa dari ITU & GSMA, ada audit berkala, dan semua proses dipantau 24/7.
Bantu kerajaan buat keputusan bijak
Bayangkan kalau kerajaan tahu ramai orang ulang alik Rawang-KL setiap hari boleh terus rancang naik taraf jalan, tambah bas ekspres, dan sebagainya.
Sama juga masa musim cuti atau bencana info ni bantu kerajaan urus aliran orang ramai dengan lebih cekap.
● Media luar overclaim
Ada media antarabangsa tuduh MPD ni macam projek spy. Tapi MCMC kata laporan tu tak tepat, mengelirukan & jauh menyimpang.
● Macam bancian, bukan CCTV
Senang cerita, MPD ni macam bancian kita tahu 80 orang datang ke satu tempat, tapi kita tak tahu siapa mereka.
Kesimpulan: Jangan cepat percaya teori konspirasi. #ProjekMPD bukan nak ‘intip’, tapi nak bina Malaysia lebih bijak guna data secara selamat, rahsia, dan profesional