Tindakan sebuah dewan makan di sebuah sekolah berasrama penuh di Petaling Jaya menghidangkan telur rebus yang sudah busuk kepada pelajar mendapat kecaman orang ramai.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi X, tindakan cuai penyedia makanan itu juga menyebabkan beberapa orang pelajar di sekolah berkenaan mengalami keracunan makanan.
Teruskan Membaca“Makanan yang dihidangkan ini menyebabkan ramai anak-anak sakit perut cirit-birit.
“Dah nampak tembelang begini masa kupas telur tapi masih hidang dekat anak-anak. Mana hati perut ya? Ini bukan kali pertama,” tulis hantaran itu.
Menurut individu itu juga, sebelum ini dewan makan berkenaan pernah menghidangkan makanan yang terlalu pedas hingga menyebabkan pelajar di sana mengalami sakit perut.