ROM – Malaysia terus mencuri tumpuan apabila berjaya meraih potensi pelaburan berjumlah RM8.13 bilion hasil pertemuan strategik dengan syarikat-syarikat gergasi dari Itali!
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai delegasi negara dalam mesyuarat meja bulat kerjasama ekonomi Malaysia-Itali mendedahkan pencapaian itu melibatkan sektor-sektor bernilai tinggi seperti:
✅ Petrokimia
✅ Tenaga hijau
✅ Teknologi automotif
✅ Peralatan elektrik
“Kerjasama ini bukan sahaja membuahkan hasil, tapi juga membuka laluan pelaburan strategik demi masa depan ekonomi mampan negara,” kata Anwar.
41 syarikat & agensi Itali terlibat termasuk 23 dari sektor pembuatan, 9 perkhidmatan, dan 5 agensi kerajaan.
Tak cukup dengan itu, Malaysia turut membincangkan potensi eksport bernilai RM425 juta, merangkumi:
Oleokimia 🌿
Biofuel
Teruskan MembacaAditif makanan haiwan 🐮
Makanan khas
Malaysia juga tegas mempertahankan pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) dan menyeru pihak Itali mengiktiraf standard ini sambil mendesak penilaian adil terhadap pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).
Antara projek mega yang sedang dirunding:
🚀 Petronas x Eni SpA – Bahan api penerbangan mampan (SAF) di Johor
🔋 Perodua x Magna Steyr – Teknologi bateri EV
⚡ Pemodenan Grid Elektrik ASEAN
Perdagangan Malaysia-Itali juga terus rancak:
2024: RM14.61 bilion (+2%)
Jan-Mei 2025: RM6.5 bilion (+3.3%)
Malaysia terus agresif di pentas dunia — pelaburan masuk, eksport meningkat, teknologi hijau jadi taruhan!