PETALING JAYA: Kerajaan terus melakar sejarah baharu apabila menjadikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tunai terbesar pernah diberikan dalam sejarah negara!
Menurut kenyataan rasmi dari Kementerian Kewangan, dua inisiatif mega ini telah memanfaatkan jutaan rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan mencecah RM13 bilion khusus buat golongan B40 dan M40!
“Bantuan tunai ini bukan sahaja meringankan beban rakyat, malah turut merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan,” kata kementerian itu dalam satu hantaran di Facebook.
Kerajaan juga menegaskan bahawa laungan “Malaysia Madani” bukan sekadar retorik politik, tetapi diterjemah melalui tindakan sebenar demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
STR 2025 merupakan kesinambungan daripada bantuan seperti BPR dan BSH, tapi dengan penambahbaikan yang lebih tersusun bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak akan menerima bantuan.
Fakta menarik:
✔️ STR & SARA = RM13 bilion
✔️ Fokus kepada B40 & M40
Teruskan Membaca✔️ Kukuhkan ekonomi + bantu rakyat
✔️ Aksi nyata #MalaysiaMadani 💪
Netizen rata-rata menyambut baik inisiatif ini, melihatnya sebagai satu langkah pro-rakyat yang membawa impak terus ke dapur rakyat Malaysia.