PETALING JAYA: Fans bola tempatan, get ready! Harimau Malaya sah akan turun padang dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa sempena jendela FIFA September 2025 dan kita jadi tuan rumah!
Teruskan Membaca4 September 2025 – Malaysia vs Singapura
8 September 2025 – Malaysia vs Palestin
Lokasi: Kuala Lumpur (details venue & tiket coming soon)
FAM kata dua game ni memang berkualiti dan penting untuk persiapan skuad negara. Singapura pula lawan lama jiran sebelah yang penuh sejarah, confirm akan jadi match yang penuh semangat. Palestin pula pasukan top 100 dunia, taktikal dan bukan calang-calang.
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, kata dua game ni peluang terbaik untuk pemain kita dapat pengalaman dan tunjuk taring depan penyokong sendiri.
Satu lagi info, Malaysia tarik diri daripada Piala Negara-Negara CAFA, katanya sebab strategi dan plan jangka panjang. Tapi FAM still kerja rapat dengan CAFA cari pengganti.
Apa pun, mark your calendars geng, KL bakal panas September ni!