Jakarta makin meriah Ogos ni! Filem musikal Siapa Dia, arahan Garin Nugroho, bakal menggegarkan pawagam seluruh Indonesia mulai 28 Ogos 2025 sempena sambutan 80 tahun Hari Kemerdekaan Indonesia.
Yang lagi best, Nicholas Saputra jadi hero uJtama! Bukan je berlakon, dia pun MENYANYI dalam hampir semua babak. Ya, korang tak salah baca. Nicholas nyanyi sendiri lagu-lagu ikonik macam Nurlela dan Anak Jalanan. Siap berduet dengan penyanyi power macam Monita Tahalea dan Dira Sugandi!
Teruskan MembacaFilem ni bawa penonton ikut perjalanan emosional watak Nicholas yang cari identiti diri dan cinta sejati, penuh babak-babak menyentuh hati dengan vibe rentas zaman. Visual pun padu habis, dan koreografi dia disusun oleh Eko Supriyanto yang pernah perform kat pentas antarabangsa.
Barisan pelakon lain pun bukan calang-calang, ada Amanda Rawles, Ariel Tatum, Widi Mulia, Gisella Anastasia, Morgan Oey dan Happy Salma.
Menurut Garin, dia pilih bulan Ogos sebab nak bagi penghormatan pada filem-filem zaman perjuangan dulu. Katanya, Siapa Dia ibarat “surat cinta” untuk dunia perfileman Indonesia.
Yang menarik juga, muzik untuk filem ni dirakam kat Praha, Czech Republic bukan main-main!
Nicholas sendiri kata dia agak gugup, tapi anggap ini sebagai satu cabaran baru yang seronok dan berbaloi.
So kalau korang peminat Nicholas atau memang suka filem musikal yang penuh jiwa, Siapa Dia wajib masuk dalam list tontonan Ogos ni!