PRN: Polis terima 42 laporan polis kad pengenalan diguna orang lain – KPN

Sebanyak 42 laporan polis telah diterima di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat pukul 6 petang tadi berhubung dakwaan kad pengenalan mereka digunakan oleh orang lain untuk mengundi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata laporan paling banyak diterima di Selangor iaitu 16, diikuti Kedah (sembilan) Pulau Pinang sebanyak (lapan), Terengganu (lima), Negeri Sembilan (tiga), dan Kelantan (satu).

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?