PUTRAJAYA: Malaysia terus kukuhkan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS), kali ini dalam aspek kerjasama pertahanan demi memastikan keselamatan dan kestabilan serantau kekal terjaga terutamanya di kawasan Indo-Pasifik.
Teruskan MembacaPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi di Facebook bahawa beliau menerima kunjungan hormat dari Panglima Pemerintah Indo-Pasifik AS, Laksamana Samuel J. Paparo di Seri Perdana, Putrajaya.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan tentang pelbagai isu penting termasuk hal ehwal keselamatan serantau serta potensi kerjasama strategik antara Malaysia dan AS.
“Pertemuan ini sebahagian daripada usaha kita untuk terus perkuatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat. Kami juga bincang komitmen Washington untuk terus sokong kerjasama pertahanan dan diplomasi keselamatan dalam rantau ASEAN,” tulis Anwar.
Kerjasama ini dianggap penting, terutamanya memandangkan cabaran keselamatan global yang semakin rumit. Kedua-dua negara menunjukkan kesungguhan untuk terus bekerjasama dalam memastikan kestabilan di rantau ini.
Langkah ini juga selari dengan dasar Malaysia yang mengutamakan hubungan strategik dan keseimbangan kuasa dalam rantau Asia Tenggara.