JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi buktikan mereka bukan sahaja hebat di atas padang, tapi juga dalam bab hiburan, apabila berjaya mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Teruskan MembacaMalam tadi di Stadium Sultan Ibrahim, JDT mempersembahkan pertunjukan cahaya luar biasa menggunakan 300 dron piroterapi, jumlah terbesar pernah dibuat di Malaysia!
Ribuan penyokong memenuhi stadium, bersorak dan teruja melihat langit Johor diterangi cahaya berwarna-warni yang bergerak mengikut irama. Gabungan teknologi, seni dan semangat bola sepak itu memang buat semua yang hadir terpegun.
MBOR mengesahkan rekod tersebut sebagai “Dron Piroterapi Terbanyak Digunakan dalam Pertunjukan Cahaya” dan memuji usaha JDT yang sentiasa mencari cara baharu untuk memanjakan peminat serta kekal menjadi trendsetter dalam dunia bola sepak tempatan.
Bagi JDT sendiri, ini bukan sekadar pertunjukan, tapi simbol legasi Johor Southern Tigers yang terus melakar kejayaan dan mencipta pengalaman yang sukar dilupakan buat para penyokong setia.