PETALING JAYA – Titah Agong pasal buli bukan sekadar peringatan, tapi jadi arahan jelas untuk semua.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, kata kementerian akan all-out pastikan mesej antibuli sampai ke semua rakyat, dari sekolah sampai ke komuniti.
Teruskan Membaca“Patik menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda. Kementerian akan pastikan mesej antibuli disampaikan secara menyeluruh & berkesan,” katanya.
Kempen Kesedaran Nasional Antibuli bakal digerakkan melalui TV, radio, media sosial & platform digital – senang kata, tak kira umur, semua akan terdedah dengan mesej antibuli.
Selain itu, usaha rentas kementerian akan digabung supaya murid, pelajar, ibu bapa & komuniti sama-sama faham, sama-sama amal.
Fahmi juga tekankan, titah Agong selari dengan komitmen Kerajaan MADANI melalui pindaan undang-undang baharu yang lebih tegas terhadap kes buli.
Isu buli ni bukan remeh. Dah banyak kes tular. Sebab tu kerajaan pilih pendekatan pendidikan + undang-undang + kesedaran awam untuk “lock” budaya buli dari akar umbi.















