KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa pihak berkuasa bertindak segera menyiasat dan menahan individu yang mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dalam insiden di Kampung Sungai Baru.
Teruskan MembacaMenurut Anwar, kerajaan sentiasa menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman, namun kebebasan itu tidak boleh disalahgunakan sehingga mencetuskan keganasan.
“Saya sudah arahkan pihak berkuasa untuk siasat segera dan mengenal pasti dalang serta penyerang yang bertanggungjawab,” katanya pada Khamis.
Perdana Menteri juga mengecam keras tindakan menyerang penjawat awam ketika menjalankan tugas dengan menyifatkannya sebagai perbuatan yang tidak boleh diterima.
“Bebas berhimpun ada hadnya, ia perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab, patuh pada undang-undang dan tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan politik sempit,” tegas beliau.
Anwar turut mengingatkan bahawa sebarang bentuk keganasan yang berpunca daripada hasutan, kebencian atau penyebaran maklumat palsu hanya akan merosakkan keharmonian negara.
“Keganasan yang datang daripada hasutan dan kebencian tidak boleh dibiarkan berakar kerana ia hanya menggugat keamanan masyarakat,” ujarnya.