PETALING JAYA: Program subsidi petrol BUDI95 akhirnya dilancar penuh pada Selasa dan nampaknya semua berjalan lancar tanpa gangguan besar. Lebih 16 juta rakyat Malaysia terus dapat nikmati harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99.
Teruskan MembacaMenariknya, pelaksanaan kali ini bukan saja diterima baik oleh pengguna di seluruh negara, malah sampai ke pedalaman Sabah dan Sarawak pun tak ada masalah besar dilaporkan.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, dalam satu hantaran di Facebook berkata kejayaan ini boleh dianggap luar biasa sebab jarang-jarang dasar kerajaan berjalan tanpa ada isu teknikal atau kesesakan di stesen minyak.
“Semalam, 16 juta rakyat Malaysia dapat manfaat subsidi BUDI95 dengan harga RM1.99. Paling best, semua smooth, tak ada barisan panjang,” katanya.
Sim juga kongsi bahawa sebelum pelaksanaan, ramai wakil rakyat agak risau kalau sistem ‘server down’ atau stesen minyak jadi sesak, sesuatu yang boleh dijadikan modal politik oleh pihak lawan.
“Tapi ternyata sebaliknya berlaku. Semua berjalan baik hasil kerja keras dan perancangan teliti Kementerian Kewangan dan pasukan teknikal,” katanya lagi.
Beliau turut ucap tahniah kepada Perdana Menteri serta pasukan Kementerian Kewangan yang berjaya pastikan pelaksanaan BUDI95 berjalan dengan cekap.
“Tahniah kepada PMX, Menteri Kewangan II dan team MOF yang urus ‘roll out’ dengan begitu efficient. Harap rakyat yang dapat subsidi ini gunalah dengan bijak, jangan membazir sebab petrol ni khazanah negara,” katanya.