Gaza: Saleh Aljafarawi, 28 tahun, dilaporkan ditembak mati ketika sedang membuat liputan di kawasan Sabra, bandar Gaza. Kejadian berlaku dalam suasana keganasan walaupun baru beberapa hari tercapai gencatan senjata.
Teruskan MembacaMenurut sumber Palestin kepada Al Jazeera, Saleh hilang sejak pagi Ahad sebelum jasadnya ditemui memakai jaket keselamatan dengan perkataan “press” di belakang trak. Sumber turut menyatakan bahawa beliau diserang oleh anggota militan bersenjata ketika berada di lapangan bertugas.
Katanya, pertempuran di kawasan Sabra melibatkan pertikaian antara pasukan keselamatan Hamas dan kumpulan bersenjata daripada klan Doghmush namun setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari pihak berkuasa tempatan tentang siapa yang bertanggungjawab.
Agensi Sanad, milik Al Jazeera, mengesahkan rakaman yang beredar menunjukkan jasad Saleh dalam keadaan tragis, memakai jaket “press” seperti simbol bahawa beliau wartawan, bukan militan.
Meskipun gencatan senjata telah diumumkan, situasi keselamatan di Gaza masih dianggap “tidak stabil” oleh pihak berkuasa tempatan konflik dan serangan sporadik masih berlaku.