Kecoh di media sosial bila pereka kasut terkenal, Christy Ng, kongsi kisah tak best bila syarikat miliknya didakwa diganggu oleh seorang individu sejak tahun 2024, semuanya gara-gara permohonan kerja yang ditolak!
Teruskan MembacaMenurut Christy, individu tu mula bertindak luar kawalan selepas tak diterima bekerja. Dari situ, dia dilaporkan mula menghantar e-mel spam bertubi-tubi, dan yang lagi teruk mengganggu nombor telefon peribadi Christy sendiri!
“Dia dah mula ganggu kami sejak 12 Oktober 2024 dan tak berhenti hantar e-mel spam. Nombor peribadi saya pun kena ganggu. Terpaksa block sebab dah melampau,” kata Christy dalam perkongsiannya.
Christy turut jelaskan yang syarikatnya memang terima beribu-ribu permohonan kerja setiap bulan, jadi tak semua boleh diterima. Tapi bila sampai tahap gangguan peribadi, itu dah jadi perbuatan yang melampaui batas.
Disebabkan perkara ni, pihak Christy dilaporkan akan ambil tindakan lanjut untuk lindungi staf dan keselamatan syarikat.
Ramai netizen yang baca kisah ni terus luah rasa simpati pada Christy, ada yang kata gangguan macam ni memang menakutkan, lebih-lebih lagi bila dah masuk hal peribadi. Ada juga yang pesan supaya individu tu belajar move on dan cari peluang lain dengan cara lebih profesional.
Moral of the story, bila rezeki bukan milik kita, jangan sampai biarkan emosi mengawal tindakan. Kadang rezeki kita bukan sekarang, tapi mungkin ada rezeki dan peluang yang lebih baik nanti.
















