Nama pempengaruh Cik Epal sekali lagi jadi bualan netizen selepas dia dilihat kerap bersama seorang lelaki dikenali sebagai Ammar. Kehadiran mereka berdua yang sering muncul ‘berkepit’ mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan kononnya mereka sedang dilamun cinta.
Teruskan MembacaBagaimanapun, Cik Epal tampil menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dia memang selesa berkawan dengan Ammar. Menurutnya, hubungan mereka setakat ini sekadar mengenali hati budi dan belum melangkah ke fasa yang lebih serius.
Menariknya, Cik Epal juga tidak menolak kemungkinan soal jodoh di masa hadapan. Katanya, sebagai manusia biasa, dia percaya pada aturan takdir dan menyerahkan urusan masa depan kepada Tuhan.
“Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak, kita teruskan hidup macam biasa,” katanya ringkas namun penuh makna.
Pengakuan itu pantas mencuri perhatian ramai, dengan rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Cik Epal, sama ada dalam soal cinta mahupun kehidupan peribadinya. Ada juga yang berharap agar pempengaruh itu terus kuat dan bahagia selepas apa yang dilaluinya sebelum ini.
Apa pun, Cik Epal memilih untuk kekal positif dan tidak terlalu memikirkan cakap-cakap orang, sebaliknya fokus menikmati hidup dan menghargai setiap perkenalan yang hadir.
















