Nama Sabronzo dari kumpulan Dolla kembali hangat diperkatakan netizen selepas satu video tariannya tular di media sosial baru-baru ini.
Dalam video itu, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, tampil dengan seluar pendek hitam dan top crop ala bra, menari mengikut rentak lagu.
Teruskan MembacaRamai yang puji gaya energetik dan keyakinan Sabronzo, tapi tak kurang juga yang meluahkan rasa kurang senang dengan penampilannya yang dianggap “ terlampau seksi” dan “tak sesuai dengan budaya tempatan”.
Antara komen panas yang ditinggalkan netizen:
“Macam audition nak masuk Blackpink…”
“Malaysia punya artis pun dah acah Korea.”
“Cantik tu cantik, tapi agak-agak la pakai…”
Malah ada yang kata gaya Sabronzo kali ini lagi berani berbanding sebelum ini, dan seperti mahu tampil lebih menonjol berbanding anggota lain dalam Dolla.
Kalau diimbas semula, Sabronzo bukan asing dengan komen-komen sebegini.
Sebelum ini, dia pernah ditegur kerana pakaian mencolok mata ketika tampil di sebuah acara hiburan sekitar 2023, namun ketika itu dia memilih untuk tidak mengulas lanjut.
Setakat ini, Sabronzo masih belum memberikan sebarang respon terhadap kecaman yang sedang hangat diperkatakan di ruangan komen sosial miliknya.
Apa pun, netizen Malaysia tetap pantas bagi markah, sama ada positif atau negatif.