Pelakon kacak Ben Amir akhirnya mengesahkan yang dirinya kini sah bergelar suami, sekali gus menamatkan segala teka-teki yang berlegar di media sosial sejak kebelakangan ini.
Teruskan MembacaMenerusi satu perkongsian ringkas di Instagram, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin memaklumkan dia telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Liana Alara, pada Disember 2025.
Menurut Ben, majlis akad nikah tersebut berlangsung secara sederhana namun penuh makna di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam gambar yang dimuat naik, pasangan ini tampil manis sedondon dalam busana putih, cukup sederhana tetapi nampak tenang dan bahagia.
“Alhamdulillah, dengan izin Allah kami telah disatukan. Terima kasih atas doa yang baik-baik,” tulis Ben ringkas, namun cukup untuk buat peminat tersenyum.
Sebelum ini, Ben memang terkenal sebagai figura yang agak menjaga privasi kehidupan peribadi. Jadi tak hairanlah bila berita perkahwinannya ini mengejutkan ramai, termasuk peminat yang tak sangka pelakon itu sudah melangkah ke fasa baru dalam hidup.
Ruangan komen pula terus dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat yang rata-ratanya tumpang gembira dengan khabar baik tersebut.
Tahniah Ben Amir dan pasangan! Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan diberkati hingga ke akhir hayat.
















