Nama keluarga Beckham sekali lagi jadi bualan ramai, tapi kali ini bukan sebab bola sepak atau dunia fesyen, sebaliknya isu konflik keluarga yang melibatkan anak sulung mereka, Brooklyn Peltz Beckham.
Teruskan MembacaMenerusi beberapa hantaran dan interaksi di Instagram, Brooklyn dilihat seakan-akan memberi bayangan jelas bahawa hubungannya dengan ibu bapanya, David dan Victoria Beckham, kini berada pada tahap yang agak tegang.
Perkara itu mula mencuri perhatian apabila Brooklyn dilaporkan tidak lagi aktif menunjukkan sokongan terbuka kepada keluarganya di media sosial, berbeza dengan sebelum ini. Malah, tindakannya itu mencetuskan spekulasi bahawa wujud perselisihan dalaman yang sudah lama terpendam.
Menurut laporan media antarabangsa, Brooklyn dikatakan memilih untuk lebih fokus kepada kehidupannya bersama isteri, Nicola Peltz, dan enggan lagi terlibat dengan tekanan serta drama keluarga yang sering menjadi perhatian umum.
Difahamkan, konflik ini bukan isu baharu. Ia dipercayai berpunca sejak majlis perkahwinan Brooklyn dan Nicola pada 2022, yang sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan dakwaan ketegangan antara Nicola dan Victoria Beckham. Sejak itu, hubungan mereka dikatakan semakin renggang.

Lebih mencuri perhatian, Brooklyn turut dilaporkan seolah-olah memberi isyarat bahawa dia tidak berminat untuk berdamai buat masa ini, sebaliknya mahu menjalani kehidupan dengan caranya sendiri, jauh daripada bayangan keluarga terkenal itu.
Setakat ini, David dan Victoria Beckham masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, namun peminat di media sosial tidak henti-henti membincangkan isu ini, dengan ada yang berharap keluarga ikonik itu dapat kembali bersatu.
Apa pun, netizen rata-rata bersetuju, walaupun hidup bergelar keluarga terkenal, isu hubungan keluarga tetap tidak terlepas daripada ujian, sama seperti orang biasa.
















