Kalau nak tahu macam mana rezeki boleh datang dengan lebih “smooth”, tanya je Hazeman Huzair. Penyampai radio dan pempengaruh popular ni ada tip mudah tapi power. Semuanya terinspirasi daripada senior dia yang terkenal dengan hati pemurah, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil.
Teruskan MembacaHazeman ceritakan yang dulu dia selalu tengok Pak Nil, bila makan dengan kawan-kawan atau team, Pak Nil tak lokek untuk belanja satu meja. Bukan satu atau dua orang je, tapi semua yang ada ikut sekali. Bagi Hazeman, cara ni bukan sekadar manis untuk hati, tapi juga ada “magik” tersendiri untuk tarik rezeki.

“Nak murah rezeki, aku ikut gaya Pak Nil. Sentiasa belanja orang makan,” kata Hazeman dalam satu hantaran media sosial.
Selepas lama tengok, Hazeman pun cuba amalkan sendiri. Bila ada peluang, dia belanja team makan, bukan nak tunjuk kaya, tapi sebagai satu sedekah kecil yang manis dan ikhlas. Dan hasilnya? Dia rasa hidup lebih mudah, rezeki masuk pun rasa “berkat” dan tak disangka-sangka.
Apa yang menarik, ramai netizen suka dengan idea ni. Mereka setuju bahawa memberi, walaupun benda kecil macam belanja makan, bukan saja buat hati rasa puas, tapi kadang-kadang boleh tarik lebih banyak peluang dan rezeki dalam hidup.
Hazeman juga tekankan yang perkara ni bukan tentang besar atau mahal, tapi niat dan konsisten. Kadang-kadang, benda kecil macam belanja kawan makan tengah hari pun dah cukup untuk buka pintu rezeki.
Jadi, kalau nak follow je je tip Hazeman, mula je dari sekarang, belanja makan orang lain bila ada kesempatan, hati pun senang, rezeki pun insyaAllah lebih murah!
















