Kalau korang perasan, restoran baru Rembayung milik Khairul Aming tak ada food lift macam restoran lain. Ramai netizen pun tertanya-tanya, kenapa? Khairul Aming pun tak lokek, terus jawab dengan santai di media sosial.
Teruskan MembacaMenurut Khairul, konsep food lift memang kurang sesuai untuk Rembayung sebab restoran ni menyajikan pelbagai lauk untuk satu meja. Kalau nak letak semua pinggan dalam lift, memang lambat dan boleh jadi jam. “Cuba kira berapa pinggan yang muat dalam lift tu. Kalau lauk keluar non-stop, lambat seminit pun boleh jam,” jelasnya.
Beliau juga terangkan bahawa food lift lebih sesuai untuk restoran ala‑carte, di mana seorang pelanggan cuma order satu pinggan je. Kalau semua lauk nak masuk lift sekali, servis mungkin jadi perlahan dan ganggu flow dapur.
Jawapan Khairul yang tenang dan jelas ini nampaknya disambut baik oleh netizen. Ramai yang appreciate cara beliau jawab soalan yang agak tiba-tiba tu dengan cara yang mudah difahami dan lawak sikit-sikit.
Jadi, bagi yang teruja nak cuba Rembayung, jangan risau, walaupun tiada food lift, lauk-pauk tetap sampai ke meja dengan cepat dan sedap!
















