Tahun ini memang lain macam sikit buat pelakon berbakat, Bront Palarae, bila dia terpaksa menyambut Aidilfitri jauh dari Malaysia.
Difahamkan, Bront kini berada di Amerika Syarikat bersama keluarga untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Bukan biasa-biasa, dia sedang mengikuti program Executive MBA dan perlu berada di sana selama beberapa minggu bagi melengkapkan pengajiannya.
Teruskan MembacaWalaupun terpaksa ‘korbankan’ suasana raya di kampung halaman, Bront nampaknya kekal fokus dengan komitmen terhadap pelajaran. Dalam masa sama, dia turut mengakui ada sedikit rasa risau dengan situasi semasa dunia, namun memilih untuk teruskan perjalanan dan berharap semuanya berjalan lancar.
Menariknya, di saat ramai selebriti sibuk dengan kerjaya seni, Bront ambil langkah berani ‘pause’ seketika untuk tambah ilmu. Memang lain daripada yang lain.
Dalam perkembangan lain, dia juga bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Kong Tao yang dijangka menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi dengan elemen mistik yang dibawakan.
Apa pun, walau raya kali ini jauh dari tanah air, langkah Bront ke arah pendidikan memang wajar dipuji. Rare, tapi inspiring!
















