Berita baik untuk rakyat Malaysia! Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kini mula disalurkan bermula hari ini, termasuk kepada 200,000 penerima baharu yang baru sahaja diluluskan.
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, penambahan ini dibuat bagi memastikan lebih ramai rakyat yang benar-benar memerlukan dapat menerima bantuan, terutama dalam keadaan kos sara hidup yang makin mencabar sekarang.
Teruskan MembacaMaksudnya, kalau sebelum ini tak lulus, mungkin kali ini ada rezeki!
Kerajaan juga menegaskan di bawah inisiatif Malaysia MADANI, bantuan seperti ini akan terus diperluaskan supaya lebih ramai rakyat dapat ‘bernafas’ sedikit dari tekanan kewangan.
Bantuan ini diharap dapat bantu kurangkan beban harian, terutamanya untuk isi rumah yang sedang ‘struggle’ dengan harga barang dan keperluan yang makin naik.
Untuk korang yang belum pasti status, boleh terus semak dan update maklumat di portal rasmi STR. Mana tahu, nama korang pun tersenarai kali ini.
Yang dah lulus tu, boleh check akaun masing-masing.
















