Berita baik untuk pengusaha dan pengguna sektor pengangkutan! Kerajaan MADANI mengumumkan harga diesel dan petrol RON95 bersubsidi kekal untuk kenderaan pengangkutan awam serta barangan terpilih.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, langkah ini dijalankan melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), walaupun harga minyak mentah global sedang meningkat akibat ketegangan di Asia Barat.
Teruskan MembacaHarga yang ditetapkan termasuk:
- Diesel untuk pengangkutan barangan: RM2.15 seliter
- Diesel untuk pengangkutan awam: RM1.88 seliter
- Petrol RON95 untuk pengangkutan awam & barangan terpilih: RM2.05 seliter
Inisiatif ini penting untuk pastikan kos operasi pengangkutan tidak melonjak mendadak, sekali gus membantu mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan.
Bagi pengusaha yang terlibat, jangan lupa semak kelayakan kenderaan masing-masing di portal MySubsidi supaya boleh terus nikmati subsidi ini.















