Isu pemilihan peserta untuk misi SUMUD 2.0 kini mula hangat diperkatakan, lepas beberapa pihak tampil persoalkan tahap kesiapsiagaan individu yang terlibat dalam misi berisiko tinggi tu.
Terbaru, Ahli Jawatankuasa Penerbitan dan Khutbah Jabatan Mufti Negeri Perlis, Syihabudin Ahmad, secara terbuka bangkitkan beberapa perkara yang menurutnya tak boleh dipandang ringan.
Teruskan MembacaMenurut beliau, bukan setakat isu mahram atau percampuran lelaki dan wanita dalam ruang sempit, tapi yang lebih penting, adakah peserta tu benar-benar cukup kuat dan bersedia untuk hadapi situasi mencabar?
“Persoalan besar, sejauh mana peserta tu kompeten untuk misi ni?” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau turut sentuh pengalaman misi sebelum ini, termasuk melibatkan pelakon dan aktivis Ardell Aryana, yang didakwa berdepan situasi agak serius dari segi kesihatan sepanjang pelayaran.
Difahamkan, Ardell jatuh sakit teruk dan keadaan itu berlarutan sehingga selepas pulang ke Malaysia. Situasi ini secara tak langsung dikatakan memberi kesan bukan saja pada dirinya, tapi juga melibatkan pihak kerajaan Malaysia dan Turki.
Selain itu, isu keselamatan dan maruah peserta wanita juga antara yang dibangkitkan. Syihabudin menegaskan perkara ini sepatutnya jadi keutamaan, lebih-lebih lagi dalam misi yang berisiko.
Apa yang jadi persoalan sekarang, macam mana sebenarnya peserta dipilih? Ada yang tertanya, kenapa individu yang dilihat kurang bersedia dari segi fizikal dipilih, sedangkan ada yang mungkin lebih sesuai tak terlibat?
Dalam masa sama, beliau turut luahkan kebimbangan kalau situasi sama berulang, sehingga memerlukan campur tangan kerajaan sekali lagi dengan negara luar seperti Jordan dan Turki.
Walaupun banyak persoalan dibangkitkan, beliau tetap jelaskan yang dia menyokong misi SUMUD 2.0. Cuma katanya, sokongan tu tak bermaksud semua perkara boleh dibiarkan tanpa penjelasan.
Ringkasnya, ni bukan soal setuju atau tak, tapi soal keselamatan, kesiapsiagaan, dan tanggungjawab dalam bawa nama negara. Netizen pun nampaknya mula ‘buka mata’ dan ikut sama persoal isu ni.
















