Malaysia sekali lagi tunjuk solidariti padu untuk Palestin, kali ini siap hantar wakil rasmi negara untuk sertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0.
Apa yang buat ramai bangga, Malaysia jadi satu-satunya negara yang hadir bukan sekadar melalui NGO, tapi dengan perwakilan rasmi yang disokong penuh. Memang nampak kesungguhan kita dalam isu ni.
Teruskan MembacaPersiapan misi ni dibuat di Port Vell, Barcelona, dan turut disaksikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. Beliau turun padang tengok sendiri keadaan kapal dan kelengkapan sebelum pelayaran bermula.
Dalam perkongsian beliau di Facebook, Malaysia bukan datang kosong, tapi bawa mesej jelas: solidariti untuk Gaza masih hidup, dan rakyat Palestin tak pernah ditinggalkan.
Menariknya, misi ni bukan melibatkan Malaysia sahaja. Peserta dari pelbagai negara turut sama turun padang, termasuk dari Indonesia. Ini menunjukkan sokongan terhadap Palestin bukan isu satu negara, tapi dah jadi suara global.
Global Sumud Flotilla 2.0 ni himpunkan aktivis, NGO dan wakil dari seluruh dunia dengan satu tujuan, hantar bantuan kemanusiaan dan tunjuk bahawa dunia masih ambil peduli tentang apa yang berlaku di Gaza.
Dengan sokongan dari kerajaan negeri dan Persekutuan, penyertaan Malaysia kali ini memang nampak lebih ‘solid’ dan tersusun.
Apa pun, ramai yang mendoakan agar misi ni berjalan lancar dan semua yang terlibat selamat sampai ke destinasi.
















