Nampaknya ringgit kita tengah ‘on fire’ sikit hari ini.
Awal pagi Jumaat, nilai ringgit terus menunjukkan pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong suasana ekonomi dalam negara yang semakin positif.
Teruskan MembacaSekitar jam 8 pagi, ringgit berada pada paras 3.9505/9565 berbanding dolar AS, sedikit lebih baik berbanding penutupan semalam pada 3.9520/9560.
Antara faktor yang buat ringgit nampak ‘steady’ pagi ini adalah jangkaan pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang akan keluar tengah hari nanti.
Pakar ekonomi dari Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pun jangka ringgit akan kekal sekitar RM3.95 hari ini.
Menurut beliau, pasaran sekarang tengah fokus pada data KDNK dengan unjuran sekitar 5.5 peratus, walaupun sedikit rendah berbanding 6.3 peratus pada suku sebelumnya, ia masih dilihat mampu beri ‘boost’ kepada ringgit.
Dalam masa sama, faktor global pun main peranan. Perkembangan rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran, terutamanya berkaitan potensi gencatan senjata, bantu tingkatkan sentimen risiko dunia.
Bila sentimen global nampak lebih stabil, mata wang negara membangun macam Malaysia pun biasanya dapat tempias positif.
Secara keseluruhan, ringgit bukan saja kukuh lawan dolar AS, tapi juga diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain pagi ini, petanda keyakinan pasaran masih ada.














