Kadang, kisah paling simple lah yang paling kena dekat hati.
Baru-baru ni, tular satu video yang buat ramai netizen sebak bila seorang abang mekanik tak dapat tahan air mata selepas bantu seorang lelaki Cina yang terkandas di tepi jalan.
Teruskan MembacaKisahnya bermula bila motosikal lelaki tu rosak teruk tengah malam. Rantai putus, sprocket hilang, memang tak boleh gerak langsung. Dalam keadaan buntu, dia cuba cari bantuan dan akhirnya jumpa nombor seorang mekanik melalui TikTok.
Walaupun dah lewat, mekanik tu tetap datang bantu. Lepas siap baiki, kos keseluruhan sekitar RM145. Tapi masa nak bayar, lelaki tu rupanya tak cukup duit.
Dekat situ lah moment yang buat ramai tersentuh.
Tanpa fikir panjang, abang mekanik tu terus cakap tak payah bayar. Bukan tu je, dia siap tanya sama ada lelaki tu ada duit untuk makan atau tak. Jelas nampak dia lebih risaukan keadaan orang tu daripada duit upah sendiri.
Lelaki tu pula cuba juga hulur apa yang ada, tapi akhirnya tak mampu tahan emosi—terus peluk mekanik tu. Dari situ, kedua-duanya sama-sama sebak.
Menurut mekanik tersebut, dia anggap bantuan tu sebagai satu bentuk rezeki dan percaya setiap kebaikan pasti ada balasan. Malah, kos pembaikan yang ditanggung itu difahamkan menggunakan duit infaq.
Sementara itu, lelaki berkenaan tampil ucap terima kasih dan menjelaskan dia tidak menerima sebarang sumbangan lain. Dia juga sempat ingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan akaun palsu yang cuba ambil kesempatan.
Apa yang buat kisah ni lagi ‘kena’, bukan sekadar bantuan yang diberi, tapi keikhlasan di sebalik tindakan tu.
Dalam dunia yang serba laju ni, moment macam ni lah yang buat kita berhenti sekejap dan ingat, kebaikan masih wujud.
















