Drama pasal akaun palsu ni nampaknya makin panas, tapi kali ini Janna Nick terus tampil bersuara bagi clear keadaan.
Pelakon dan pengacara tu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya dia ada buat akaun palsu di Threads semata-mata nak hentam sebuah syarikat penerbangan. Malah, tuduhan konon dia nak saman airline pun disifatkan sebagai langsung tak masuk akal.
Teruskan MembacaMenurut Janna, dia sendiri pun pelik macam mana cerita tu boleh muncul dan jadi bualan netizen. Dalam respon dia yang cukup santai tapi padu, Janna pilih untuk tak ambil pusing sangat, siap bagi ayat “lantak korang” sebagai tanda dia dah penat nak layan spekulasi tak berasas.

Dalam masa sama, dia juga minta orang ramai berhenti kaitkan namanya dengan akaun-akaun yang jelas bukan miliknya. Jelasnya, kalau betul ada apa-apa isu, dia takkan sorok belakang akaun fake.
Biasalah dunia media sosial, benda kecil pun boleh jadi besar bila dah viral. Tapi untuk kes ni, Janna dah bagi penjelasan, terpulanglah nak percaya atau terus berteka-teki.
















