Lepas lama jadi teka-teki, akhirnya penyanyi dan pelakon Amira Othman sendiri tampil sahkan berita gembira, dia kini sedang hamil anak pertama.
Perkongsian itu dibuat secara santai, tapi cukup buat peminat tersenyum lebar. Menurut Amira, usia kandungannya kini sudah sekitar 30 minggu dan kalau ikut jangkaan, dia bakal bersalin pada Jun nanti.
Teruskan MembacaApa yang lagi menarik, Amira dan suami tidak tahu mengenai jantina bayi. Bagi pasangan ini, paling penting adalah kesihatan bayi dan perjalanan kehamilan yang dipermudahkan. Setakat ini pun, Amira akui semuanya berjalan lancar tanpa alahan teruk, memang rezeki ibu mengandung!
Untuk rekod, Amira mendirikan rumah tangga sekitar tahun lalu dan kini bersedia melangkah ke fasa baru dalam hidup sebagai seorang ibu.
Daripada spekulasi netizen sebelum ini, sekarang dah confirm, baby on the way! Memang ramai yang tumpang happy tengok journey terbaru Amira ni. Tahniah Amira dan Fattah!
















