Kalau sebut pasangan selebriti yang kekal sweet walaupun dah lama kahwin, nama Awal Ashaari dan Scha Alyahya memang antara yang teratas.
Terbaru, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14, Awal kongsi satu ucapan khas yang cukup menyentuh hati buat isterinya. Bukan sekadar wish biasa, tapi ayat yang betul-betul buat ramai tersenyum; “In every version of us, I’d still choose you”.
Teruskan MembacaSimple, tapi penuh makna.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak tahun 2012 ini memang terkenal dengan hubungan yang nampak steady dari dulu sampai sekarang. Dari fasa awal perkahwinan, membina keluarga, sampai lah sekarang dengan dua cahaya mata, mereka tetap nampak serasi dan matang bersama.
Ucapan yang dikongsikan Awal tu sebenarnya lebih daripada sekadar anniversary post, ia macam satu refleksi perjalanan hidup mereka sebagai suami isteri. Susah senang, perubahan demi perubahan, tapi tetap pilih orang yang sama untuk teruskan hidup.
Tak hairanlah ruangan komen terus dipenuhi dengan reaksi netizen yang tersentuh. Ramai yang ambil inspirasi, malah ada yang anggap pasangan ni sebagai contoh hubungan yang sihat dan kuat.
14 tahun bukan tempoh yang singkat, tapi bagi Awal dan Scha, jelas cinta mereka masih kekal utuh, malah makin kuat seiring waktu. Memang jenis cinta yang grow sama-sama, alhamdulilah. Happy Anniversary both of you!
















