Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann meluahkan rasa syukur apabila akhirnya berjaya memiliki kediaman sendiri hasil titik peluh dan kerja kerasnya dalam industri seni.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial, Sissy dilihat berkongsi beberapa sudut kondominium baharunya yang tampil moden dan selesa. Lebih menarik perhatian ramai apabila rumah tersebut berada dalam kawasan low density yang memberikan suasana lebih privasi dan tenang.
Teruskan MembacaMenurut Sissy, antara perkara yang paling membuatkan dia jatuh hati dengan kediaman itu adalah kemudahan parkir yang terletak betul-betul di depan rumah, sekali gus memudahkan urusan hariannya.
Ramai peminat dan rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selepas melihat pencapaian manis penyanyi tersebut. Ada juga yang meluahkan rasa kagum melihat usaha keras Sissy akhirnya membuahkan hasil.
Dalam masa sama, ramai netizen turut menjadikan Sissy sebagai inspirasi untuk bekerja keras demi memiliki rumah sendiri pada usia muda.
Terdahulu, Sissy sememangnya dikenali sebagai antara selebriti yang aktif dalam pelbagai bidang termasuk nyanyian, pengacaraan dan juga dunia digital.
















