Pempengaruh media sosial, Marissa Dania bakal menyambung pengajian bersama adiknya, Maria Danisha apabila mereka berdua memilih jurusan yang sama di universiti.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelakon Norman Hakim, pada awalnya urusan pendaftaran hanya dibuat untuk Danisha sahaja.
Teruskan MembacaNamun selepas pihak universiti melihat potensi dan keputusan SPM Marissa yang memberangsangkan, mereka mencadangkan laluan pendidikan bersama untuk dua beradik itu bermula dari peringkat Diploma sehingga ke Ijazah Sarjana Muda.
Menurut Norman, kedua-duanya akan mengikuti jurusan Pengurusan & Pentadbiran Perniagaan. Bagaimanapun, mereka akan mengambil pengkhususan berbeza apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Bachelor nanti.
Danisha difahamkan akan fokus dalam bidang Accounting, manakala Marissa pula memilih Human Resources.
Dalam masa sama, Norman turut berkongsi pihak universiti memberikan fleksibiliti kepada Marissa untuk berulang-alik ke kampus memandangkan dia masih komited menguruskan perniagaannya sendiri.
















