Pelakon Amir Ahnaf tampil menjelaskan hubungan rapatnya dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha hanyalah sekadar kawan baik.
Menurut Amir, dia selesa berkawan dengan Daiyan kerana personalitinya yang positif dan ceria sehingga mudah disenangi ramai.
Teruskan Membaca“Saya memang senang berkawan dengan Daiyan sebab dia seorang yang positif dan ceria. Saya rasa orang lain pun mudah selesa dengan dia.
“Tapi sejujurnya, saya tak pernah fikir hubungan kami lebih daripada kawan,” katanya.
Dalam masa sama, Amir turut mengakui Daiyan mempunyai ciri-ciri wanita idamannya, namun menegaskan hubungan mereka kekal sebagai sahabat.
“Kalau nak kata dia ada ciri wanita idaman saya, memang betul. Tapi setakat itu sahaja. Buat masa ini, saya rasa lebih baik kami kekal sebagai kawan sebab saya selesa dengan hubungan kami sekarang,” ujarnya.
Sebelum ini, kemesraan Amir dan Daiyan mula menjadi perhatian ramai selepas mereka tampil bersama menyanyikan lagu raya selain berkongsi aktiviti membuat mentega yang mencuit hati netizen.
















