Berita yang ditunggu-tunggu peminat muzik alternatif akhirnya tiba! Dua kumpulan legenda dunia, My Chemical Romance (MCR) dan Evanescence, bakal menghangatkan Kuala Lumpur menerusi siri konsert mega yang dijadual berlangsung pada November ini.
Dibawakan oleh Hello Universe, konsert ini pastinya menjadi antara acara muzik paling dinanti tahun ini, khususnya buat mereka yang membesar dengan era kegemilangan muzik emo, rock alternatif dan gothic pada awal 2000-an.
Teruskan MembacaMy Chemical Romance akan tampil menghiburkan peminat selama dua malam berturut-turut pada 19 dan 20 November, manakala Evanescence pula bakal mengambil alih pentas pada 28 November.
Sudah pasti lagu-lagu ikonik seperti Welcome to the Black Parade, Helena dan Bring Me to Life akan membawa peminat kembali mengimbau kenangan zaman remaja yang penuh nostalgia.
Sejak pengumuman dibuat, media sosial dibanjiri pelbagai reaksi teruja daripada peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan persembahan secara langsung daripada dua kumpulan yang cukup berpengaruh dalam dunia muzik antarabangsa.
Bagi yang masih belum mendapatkan tiket, ada berita baik! Pihak penganjur mengumumkan jualan tiket khas dalam kuantiti terhad kini dibuka semula menerusi platform rasmi mereka www.golive-asia.com.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh nostalgia dan energi bersama My Chemical Romance serta Evanescence di Kuala Lumpur November ini!
















