PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Abdul Ghapur

DATUK SERI Anwar Ibrahim mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga bekas
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh
yang meninggal dunia hari ini.

Abdul Ghapur nma besar dalam politik Sabah
Perdana Menteri berkata, jasa dan
pengorbanan bekas Ahli Parlimen Kalabakan itu kepada negara dan negeri
Sabah akan dikenang buat selama-lamanya.
“Terima khabar duka
mantan Ahli Parlimen Kalabakan, telah kembali ke Rahmatullah. Saya
mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh
Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal
soleh.
“Jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada negara dan negeri
Sabah khususnya sentiasa dikenang buat selamanya,” katanya menerusi
satu hantaran di Facebook.
Abdul Ghapur meninggal dunia pada usia
80 tahun kira-kira pukul 12.07 tengah malam tadi dan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Allahyarham
juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah
antara 1995 dan 1997 dan pernah menjawat pelbagai jawatan dalam Kabinet
negeri termasuk Menteri Kewangan Sabah dan Menteri Komunikasi dan Kerja
Raya Sabah
-AA

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?