Insiden kanak-kanak tertinggal di dalam kereta sehingga membawa maut berulang lagi.
Kali ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia selepas lapan jam ditinggalkan di dalam sebuah kereta di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan ibu mangsa menyangka dia sudah menghantar anak kecil itu ke tadika.
Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati pada pukul 7 pagi, ibu mangsa yang berumur 30-an menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran sebelum terus ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa.
“Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sebentar untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.
“Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada pukul 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujar Mohamad Fakhruddin, bapa mangsa kemudian membuat panggilan Mers 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.
“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia.
“Bedah siasat dijalankan hari ini (Khamis) dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka, lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.
Baca juga: