Terkini

Tiga laluan di KL dilanda banjir kilat

Tiga lokasi di sekitar ibu negara dikesan menghadapi kenaikan air ekoran hujan lebat yang melanda bermula bermula petang semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, antara lokasi yang dikesan adalah di Jalan Cheras dari arah lampu isyarat Jalan Ikan Ayu menghala ke Shamelin.

“Seterusnya, kenaikan air turut berlaku di di Lebuhraya Timur- Barat bertentangan Taman Connaught menghala ke Tapak Tol Lama. Satu lorong masih boleh dilalui.

“Kejadian sama turut berlaku di Jalan Cheras, hadapan Eko Cheras Mall menghala ke Bulatan Billion,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Jelas kenyataan itu, pergerakan kenderaan masih lancar dan orang awam dinasihatkan berhati-hati di jalan raya serta mematuhi arahan petugas trafik yang sedang bertugas.-KOSMO! ONLINE.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top