PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan majlis pemukiman Jemaah Menteri pada tahun ini bertujuan untuk ‘mengurung’ Ahli Parlimen.
Anwar menjelaskan isu yang timbul berkenaan hanya program melibatkan barisan Jemaah Menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Teruskan Membaca“Majlis pemukiman itu telah melibatkan menteri dan senator serta untuk menjimatkan kos, kesemua menteri diarah untuk tidur di rumah masing-masing. Ini tidak ada isu.
“Ini (menjawab tuduhan itu) memadai saya minta Ketua Cabang PKR Segambut untuk menjawabnya,” katanya dalam sidang media baru-baru ini.
Pada Rabu lalu, tular satu rakaman video berdurasi sembilan saat memaparkan Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Mohamad Syafiq Abdul Halim mendakwa Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan dikurung di satu lokasi di Cyberjaya.
Sebelum ini, Program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 berlangsung selama dua hari berakhir pada Khamis lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri dan 31 Anggota Jemaah Menteri serta 15 orang jemputan khas yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. – UTUSAN
Baca juga: