MEMANDU sendiri mungkin tidak menjadi masalah bagi sesetengah wanita. Namun, bagaimana pula jika berlaku sebarang masalah pada kenderaan ketika memandu.
Ada melihat hal ini sebagai remeh, tetapi situasi begini mungkin sahaja berlaku kepada sesiapa saja. Oleh itu jangan ambil mudah!
Berikut KL Viral menyenaraikan 7 tips keselamatan yang pemandu wanita perlu tahu:
Teruskan Membaca1. Peka dengan keadaan sekeliling
Peka terhadap keadaan sekeliling perlu diterapkan supaya menjadi kebiasaan agar tidak menjadi sasaran kepada penyamun yang sentiasa mencari mangsa, lebih-lebih lagi kaum wanita.
2. Kunci kereta secara manual
Walaupun kebanyakkan kereta mempunyai kunci (lock) secara automatik, tetapi anda boleh bertindak dengan lebih cepat jika menggunakan kunci secara manual.
3. Periksa situasi dalam kereta daripada luar
Sebelum memasuki kereta, periksa keadaan dalam dan belakang kereta anda supaya tidak ada perkara yang mencurigakan kerana penyamun mempunyai taktik-taktik jahat yang boleh menyamun anda pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada.
4. Elakkan meletak beg tangan di tempat duduk hadapan
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), kebanyakkan kes ragut dalam kereta berlaku kerana pemandu meletakkan beg tangan di tempat duduk hadapan. Perkara itu boleh menarik perhatian penyamun lebih-lebih lagi suspek yang menunggang motosikal.
5. Bawa alat perlindung diri
Alat perlindungan diri seperti pepper spray, peniup wisel dan lampu suluh amat digalakkan untuk dibawa. Jika sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan, anda boleh acukan pepper spray tersebut ke mata suspek supaya anda mempunyai masa untuk melepaskan diri.
6. Sediakan dan pegang kunci kereta
Sentiasa bersedia memegang kunci kereta supaya anda boleh masuk ke dalam kereta dengan segera. Jangan buang masa, cari kunci terlebih dahulu dan terus memasuki kereta.
7. Jangan menurunkan tingkap kereta sepenuhnya
Tahukah anda, jika anda ditahan polis trafik dan diminta untuk menurunkan tingkap kereta untuk pengecaman, anda tidak perlu menurunkan tingkap kereta anda sepenuhnya?
Pihak berkuasa sedia maklum akan perkara ini dan ia tidak menjadi kesalahan kerana anda seorang wanita dan keselamatan anda lebih penting. Turunkan tingkap sehingga muat untuk anda hulurkan kad pengenalan dan lesen memandu. Jangan lupa untuk bertanya pengenalan diri anggota tersebut sebelum menyerahkan data peribadi anda. — KL VIRAL
Baca juga: