SEORANG lelaki telah ditahan polis selepas melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam di Bangkok, Thailand.
Menerusi satu hantaran Facebook seorang pelajar wanita dikatakan penuntut universiti, memaparkan video lelaki tersebut berhenti di depannya dan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan mempamerkan sambil memegang kemaluannya di hadapan mangsa.
Teruskan Membaca“Amaran! Seorang lelaki gatal berada di kawasan Charan Sanit Wong, Bangkok! Sila kongsikan video untuk tujuan penyebaran amaran kepada semua,” tulisnya.
Video tukar di media sosial berdurasi 6 saat itu menunjukkan bahawa lelaki tersebut yang memakai baju hijau terang dan berseluar biru pekat, duduk di atas motosikal.
Seterusnya, suspek memakai penutup muka hitam dan memakai helmet bagi menyembunyikan identiti serta secara sengaja membiarkan kemaluannya kelihatan oleh orang awam.
Pelajar wanita tersebut turut menyatakan lokasi kejadian tersebut berlaku di perhentian bas bertentangan Jalan Soi Charan Sanit Wong 41, Bangkok.
Mangsa terkejut dengan kelakuan suspek bersama dengan dua lagi rakan wanitanya ketika kejadian tersebut.
Susulan itu, Pegawai Polis Bang Yi Khan dapat mengenal pasti suspek bernama Sahatsawat, 24 dan menahan suspek dirumahnya di jalan Bueng Kim. Bang Yi Kan turut mengesahkan bahawa Sahatsawat mempunyai waran tangkap atas kesalahan sama di kawasan Nong Chok, Bangkok.
Sahatsawat berdepan denda sehingga 5,000 baht (RM664) kerana melanggar Seksyen 388 Undang-undang Jenayah kerana melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menanggalkan pakaian atau melakukan sebarang perbuatan lucah.
Sementara itu, Sahatsawat juga telah mengaku di atas kesalahannya melakukankan perbuatan lucah di hadapan wanita di tempat awam dan kawasan berkaitan. Suspek tertuduh kerana mempunyai masalah mental dan tidak dapat mengawal dirinya.
Baca juga: